CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

13 July 2012

TIPS semasa dan selepas putus CINTA,.!!!

wehhh korang,assalamualaikum,.. hari nie ara rasa nak jadi pakar motivasi sekejap lah,. hahaha,bukan apa,saja jew takde keje kan,. paling2 korang boleh la gunakan tips dan kata semangat yang ara akan bagi nanti,. semua pasangan yang bercinta mesti nak hubungan mereka kekal kan,boleh bawak ke jinjang pelamin,. siapa takmohh nikah wehh,ara pon nak tapi untuk ara belum masa dia lagi la kan2,.??? graduate tak lagi,nak nikah,.??? pak osman ngan cik saimah bagi makan penampar sat g baru padan muka,haahaha. tapi dalam mencari pasangan nie biarlah yang sederhana,.. jangan pandang pada paras rupa,sok lusa,10 tahun akan datang lecantikan dan kehenseman tuh akan lupus jugak,. tak kan cinta pun lupus jugak sebagaimana lupuskan kecantikan paras rupa tuh kan,. mencari biarlah ,macam nie  





 kalau la korang bercinta jarak jauh,macam ara sebelum nie.. pakai la tips nie,.. 



rajin2 lah bertanya khabar sebab pasangan kita tak minta kita call,mesej 24 jam,. tak rimas ke wehh,bazir credit lagi,. sehari tuh at least call la sekali tanya khabar,manja2 sikit biar pasangan kita tahu kita ingat dia,. lepas tuh,tarikh2 penting macam anniversary ke,birthday ke kalau tak dapat nak celebrate sama2,dapat wish on time pown ok la tuh,. xdek la merajuk pasangan kita nanti sebab lupa tarikh2 penting nie kan, lagi satu,jumpa la sekali sekala,. kalau jauh sesangat,sebulan sekali ok lah,. tapi kalai memang tak dapat jumpa langsung,sekarang teknologi dah canggih,. boleh 3G ape kan,.?? buat video call,. tapi, apa2 pown, yang paling penting sekali kepercayaan,.. tapi jangan lah 100% percaya,. letak la 90% xpown 80% kepercayaan,dan selebihnya selitkan keraguan sikit,. bukan apa,kalau percaya sangat nanti mana tahu belakang kita dia buat hal ke tapi kita tetap percayakan dia,. last2kita yang sakit hati dan kecewa,baru padan muka,.  macam tips yang ara jumpa nie,. 







beri hati pada yang sudi dan sanggup untuk menjaga dan memelihara tanpa menyakiti kerana sekali kita  beri pada yang salah,kita yang merana diri,. macam ara,.. hahaha, tapi kadang2,. ada terjadi yang macam nie pulak,.. 






selalulah jadi macam nie,. normal la tuh kan. dalam drama pun banyak berlaku,hehehe. tapi la kan,seandainya cinta korang tak kekal lama,. tiba2 terputus atas sebab2 tertentu,. jangan la bersedih tapi redha dengan apa yang terjadi sebab







kalau kita terlalu sayangkan pasangan kita tuh,tapi ada yang menghalang,just berdoa,minta pada Allah agar kira diberi ketenangan. Allah menduga kita bersebab,.. kalau kita sayangkan pasanagn kita,luahkannya pada Allah agar rasa sayang itu tidak pudar bahkan semakin mendalam,. doalah agar dia akan menjadi pasangan hidup kita,. sebaik-baiknya minta petunjuk dari Allah sama ada pasangan kita itu adalah jodoh kita atau bukan.. kalau berlaku pergaduhan,dan tiada jalan penyelesaian namun kamu tak mahu berpisah, sebaik-baiknya kamu berdiam dan berdoa kerana



  




kadang2 Allah tidak bagi kita bersamanya sekarang tapi mungkin kelak ada jodoh antara kita dengan nya siapa tahu kan,??? dari berkat kesabaran dan doa, hasil nya mungkin ini







tapi,seandainya memang antara kamu dan dia tiada jodoh,. berdoalah agar Allah mendamaikan hati kamu supaya dapat menerima kenyataan ini.. Sesungguhnya Allah telah menetapkan jodoh masing2,. kita hanya perlu berusaha dan bertawakal sahaja,.







waa,handal tak ara jadi pakar motivasi CINTa,. haha, actually ara dah banyak pengalaman,.. so dari pengalaman yang ara ade,tambah lagi dengan ayat2 best yang ara jumpa nie boleh la dikongsikan kat korang semua,. kita tak perlu takut kerana jodoh kita semua telah ditetapkan cuma cepat atau lambat dan siapa jodoh  kita je kita tak tahu,. jangan bersedih atas kehilangan cinta dari manusia sebab kita boleh mendapatkan gantinya,. tapi bersedihlah jika kita cinta terhadap Allah kerana cintanya tiada ganti dan sesungguhnya dialah pemberi cinta kita kepada sesama manusia,. macam mana kita nak dapat cinta dari manusia kalau cinta yang utama kepada Allah kita belum dapat,.? renung2kan la ekk,.?? bye

No comments:

Post a Comment