CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

6 December 2012

seLesai suDaH.!!!

ha..!!!! hampir terlupa.. assalamualaikum.. ngat lagi tak post ara beberapa bulan yg lepas 'sharing is caring' tu. kat situ ara ada bebel pasal ara banyak share dengan azhar,macam2 ara share.. hmm,semuanya dah pun ara padam,tukar,bagi dan pulang balik.. semua account ara,ara tukar password dah.. lama dah actually,message2 dia dekat phone ara,dekat inbox facebook pun ara dah delte sebab dia si buntat sakit hati tengok. yela,dia taknak ara ingat lagi kat org yg dah tinggalkan ara tanpa sebab tu.. and ara pulang bali cincin yg pernah ara ambik dari jari dia masa 2nd date kami dekat melaka dulu.. and ara bagi album gambar2 ara dengan dia yg dah ara print,susun elok2 dalam album.. dan lagi 1,hadiah loket utk bfday dia yang ara nak bagi tapi tak sempat2 tu pun ara dah bagi dah.. actually,ara kena bagi barang2 tu semua dekat akak dia sebab kami dah janji nak jumpa soal brg2 nie la. tapi last minute masa ara dah smpai tempat kami nak jumpa tu,azhar sendiri yg datang ambil. masa tu Allah jew tahu perasaan ara. gugup terkejut,menggigil,kelu lidah semua ada. tapi 1 ara tak mampu buat. ara tak boleh pandang muka,mata dia. rasa terseksa sangat.. ara just hulur je tanpa pandang muka dia. benda nie berlaku masa raya haji lepas. family dia semua beraya di kmpung ara. sebabnya,abg long mereka ada disini.. petang sebelum ara hantar barang tu,sebenarnya ara ada terserempak dengan dia cuma ara tak perasan. and actually ara tak tahu pun dia dah smpai kampung waktu tu. lepas ara bagi barang2 tu semua kat dia,ara terus balik then buntat datang lepak rumah. masa tengah berbual dengan buntat,tiba2 azhar call.. rasa nak taknak jugak pickup phone call dr dia tu tapi buntat suruh angkat so ara angkat je.. bual2 kejap then credit dia habis.. esok hari ara nak balik kl dah. OTW nak balik,masa dalam bas dia call ara lagi. cuma nak tanya ara dah balik ke. itu aje. selepas dia letak call,ara terus msj dia panjang lebar.... dan semuanya dah selesai antara ara dengan dia.. ara cuma doakan yang terbaik je utk dia. tak doakan dia bahagia pun dengan si tuuttt.. yelah,kenapa perlu doakan kebahagiaan mereka sedangkan kebahagiaan tu sepatutnya milik ara. diorang rentap and rampas kebahagiaan ara tanpa belas kasihan pun. sekarang cuma doakan masing2 berjaya dalam hidup sudah. diberi kesihatan.. sudah mencukupi. memang jauh di sudut hati ara,ara still sayang dia tapi tak mungkin ara bersama dia lagi. terlaku sakit dia tinggalkan ara dulu tanpaa sebarang sebab dan kata... cuma menganggap ini sudah takdir yang maha esa. mungkin tiasa jodoh antara kami ~~ ok,finish. hehe,bye semua/.

No comments:

Post a Comment